Tidur



Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.

Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu. Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berIaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.

Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perIu tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.

Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit (selepas subuh) dan pada waktu lewat petang (selepas asar). Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik. 

0 reaksi:

Post a Comment














Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger