Dietetik: Makanan untuk Kekuatan Minda

Kekuatan daya ingatan dan kecerdasan berfikir merupakan keunggulan bagi mereka yang bergelar genius. Selain faktor rangsangan otak, kesan daripada pembelajaran dan pengalaman yang baik, pengambilan makanan tertentu adalah rahsia keajaiban minda mereka.

Baik cendekiawan zaman silam mahupun bijak pandai moden, mereka mempunyai formula makanan yang hampir sama bagi merangsang aktiviti otak. Kitab tradisional Arab yang mencatatkan mengenai tabiat pemakanan tokoh-tokoh Islam dahulu kala menunjukkan keselarasan dengan kajian saintifik terkini mengenai zat yang terbaik untuk kekuatan memori.

Berikut merupakan rumusan rahsia makanan terbaik bagi meningkatkan daya ingatan yang diamalkan mereka.

Susu



Susu terbaik bagi manusia ialah susu ibu. Susu ibu terbukti zat paling ideal untuk kekuatan minda bayi. Selepas usia dua tahun, kita tidak dapat menikmati khasiat susu ibu. Biarpun begitu, keperluan susu masih tidak boleh dikesampingan. Jadi, susu lembu atau susu kambing merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan keperluan susu bagi otak.

Tiga unsur semula jadi yang terkandung dalam susu, iaitu keju, lemak dan air sangat bermanfaat untuk pertumbuhan badan dan otak. Selain itu, susu juga mengandungi 16 kelas makanan seperti karbohidrat, protein, mineral dan semua jenis vitamin di dalamnya. Susu juga dikatakan makanan yang paling lengkap zatnya di muka bumi ini.

Nutrisi dalam susu sangat berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan serta membekalkan tenaga dan fizikal. Ia boleh merawat beberapa penyakit selain boleh mengatasi lupa. Bahkan Rasulullah SAW amat menggemari susu kambing dan menasihatkan kita meminumnya kerana khasiat itu. Susu segar lebih baik daripada susu yang telah diproses. Produk tenusu seperti yogurt dan keju juga bagus untuk kesihatan otak.

Madu



Makanan manis yang sedap, berzat serta boleh menjadi ubat. Hal itulah madu. Jika tidak kerana keistimewaannya yang hebat ini, masakan Allah SWT, berfirman mengenainya dalam al-Quran dengan gelaran Shifa' atau penawar. la mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin, protein, antiseptik, enzim serta pelbagai jenis zat galian lain. Kesemuanya sangat bermanfaat untuk menguatkan kecerdasan otak.

Selain itu, madu lebah boleh merawat penyakit berkaitan mental seperti mudah lupa, keletihan berfikir serta memperkuatkan daya ingatan. Pengambilannya setiap pagi dan malam amat digalakkan, namun ditegah jika dicampurkan dengan tembikai kerana dikhuatiri akan menyebabkan keracunan.

Kismis




Memakan kismis adalah petua terbaik bagi para penghafaz. la mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina sel darah merah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Selain itu, kismis juga dikatakan mengandungi kalium yang tinggi, tetapi rendah natrium yang boleh mengurangkan tekanan darah serta risiko strok. Sementara serat dan asid tartarik pula mampu menjaga kesihatan tulang. Paling unik, asid oleanolik yang terkandung di dalam vitis vinifera berupaya menghalang pertumbuhan spesies bakteria mulut yang menyebabkan kerosakan gigi, penyebab plak dan masalah gusi.

Kaedah terbaik menikmati kismis adalah dengan mengemamnya seperti gulaagula, bukan mengunyah seperti kacang. Pengambilannya yang disyorkan sekuranggkurangnya 21 biji setiap hari disertai dengan doa penerang hati.   
 
Telur



Sebagaimana susu, telur dikelaskan sebagai makanan lengkap yang mempunyai hampir semua zat yang diperlukan tubuh. Protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, zat besi, air dan bahan ekstrak yang terkandung di dalamnya amat berfaedah untuk meningkatkan fungsi otak sekali gus menjaga kesihatan tubuh keseluruhannya. Telur kuning lebih baik berbanding dengan telur putih kerana kandungan kolinnya yang tinggi. la boleh mengatasi lemah badan serta menguatkan memori. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung segar.

Daging




Daging ayam, Iembu ataupun biri-biri, semuanya baik untuk kesihatan jika pengambilannya betul. Berbanding dengan semua jenis daging, daging ayam betina dara dikatakan yang paling baik. Ada riwayat mengatakan Nabi Muhammad SAW suka memakan daging ayam betina kerana khasiatnya baik untuk otak dan memulihkan perjalanan darah.

Para cendekiawan Melayu turut mengatakan bahawa daging burung merpati amat berkesan bagi meningkatkan kecerdasan terutama bagi kanak-kanak. Menurut kepercayaan, kanak-kanak yang diberi makan telur burung merpati juga boleh bercakap lebih awal daripada usia sepatutnya.

Daging kambing, biri-biri dan lembu tanpa lemak pula bagus kerana kaya dengan zat besi. la sangat sesuai bagi mereka yang aktif bekerja, serta memerlukan daya konsentrasi yang tinggi kerana kehadiran mineral zink. Pengambilannya sebanyak 28 gram sehari dikatakan cukup bagi membantu penyerapan zat besi daripada sumber lain.

Ikan




Saintis mengatakan unsur yang diperlukan otak bagi merangsang aktiviti sinaps ialah DHA. Manakala makanan yang kaya dengan sumber DHA ialah ikan, dan yang terbaik daripadanya ialah ikan salmon. Ikan salmon yang berlemak mengandungi asid lemak omega-3-DHA dan EPA yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.

Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang memperoleh asid lemak yang lebih banyak memiliki fikiran lebih tajam dan memberikan hasil memuaskan dalam ujian kecerdasan minda. Menurut pakar pemakanan, walaupun tuna mengandungi zat yang sama, ikan ini tidaklah sekaya zat ikan salmon.


Kekacang




Makanan jenis kekacang adalah istimewa kerana mengandungi tenaga yang berasal daripada protein serta karbohidrat kompleks. Di samping itu, kacang juga mewah dengan serat, vitamin dan mineral. Sayuran ini merupakan makanan yang sesuai untuk otak kerana tenaga yang disimpan di dalamnya boleh bertahan lama, lebih-Iebih lagi bagi kanak-kanak.

Kacang tanah atau mentega kacang merupakan salah satu sumber vitamin E yang dapat melindungi membran sel saraf. Dengan kehadiran tiamina juga, vitamin E dapat membantu sistem saraf otak dalam penggunaan glukosa bagi keperluan tenaga. Antara jenis kekacang yang baik untuk minda termasuklah badam, kacang merah, kacang pistasio, kacang soya, gajus dan buah berangan.

Buah-buahan



Buah-buahan elok untuk kulit, kesihatan dalaman serta otak. Buah-buahan segar yang kaya dengan vitamin C digalakkan pengambilannya dalam menu seharian. Antara buah yang baik untuk pemeliharaan kecerdasan otak menurut Islam termasuklah buah delima. Buah delima dikatakan dapat menerangkan hati selama 40 hari. Buah Iimau dan oren juga disyorkan pengambilannya kerana dapat menguatkan jantung serta akal.

Sementara saintis Barat pula percaya buah strawberi, ceri, beri hitam dan biru adalah yang terbaik untuk daya ingatan. Menurut mereka, semakin terang warna buah itu, semakin banyaklah zat yang terkandung. Buah jenis beri ini mempunyai kadar antioksida yang tinggi dan boleh mengatasi penyakit barah. Biji daripada buah beri pula terkandung asid lemak omega-3 yang sangat baik untuk fungsi saraf otak.

Sayur-sayuran




Sama seperti buah, sayur-sayuran memiliki khasiat yang tinggi untuk kesihatan minda terutamanya jenis berwarna. Tomato, labu, bayam, ubi kentang, dan lobak merah antara jenis sayuran yang mempunyai antioksida yang boleh menguatkan sel otak.

Herba



Makanan daripada jenis herba tidak kurang hebatnya untuk menjaga tahap pemikiran. Kebaikan herba dalam dunia kesihatan tidak boleh disangkal. Halia yang mujarab untuk membuang angin dalam badan rupa-rupanya boleh membantu mencegah penyakit lupa. Selain dimakan mentah, halia boleh dibuat halwa sebagai pencuci mulut.

Bunga cengkih, kemenyan putih, za'faran, habbatus sauda' adalah antara kelas herba yang dianjurkan pemakanannya oleh pengamal kesihatan Islam. Semuanya mempunyai khasiat tersendiri untuk kekuatan ingatan dan pemikiran.

Sumber: Dewan Kosmik Disember 2009.

0 reaksi:

Post a Comment














Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger