Catatan 2009: Sektor Automotif Menuju Kematangan Dalam Suasana Krisis




Penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) pada tahun 1983 ialah satu mercu tanda pembangunan ekonomi negara. Melalui penubuhan Proton, hala tuju ekonomi Malaysia mengalami satu lonjakan. Sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menerajui industri automatif negara, penubuhannya melambangkan kelahiran sebuah sektor yang mampu memberikan pelbagai manfaat kepada ekonomi Malaysia.
  

Selain menjadi satu daripada sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, penubuhan syarikat automotif tersebut secara simboliknya menunjukkan kemampuan Malaysia untuk berkecimpung dalam industri automatif yang pada ketika itu dikuasai syarikat pengeluar kereta Barat dan Jepun.
  

Ringkasnya, rancangan penubuhan Proton merupakan satu langkah yang strategik untuk melonjakkan ekonomi Malaysia ke dalam sektor perindustrian dan secara tidak langsung menggambarkan bahawa satu langkah perlu diambil untuk memastikan kebergantungan ekonomi negara ini kepada sektor pertanian ditamatkan.
  

Dalam jangka masa sepuluh tahun selepas penubuhan Proton, sebuah lagi syarikat pengeluar kereta ditubuhkan. Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua)  ditubuhkan dan dalam tempoh yang singkat telah berjaya menjadi satu jenama kereta berkuasa rendah yang popular dalam sanubari rakyat Malaysia. Gandingan Proton dan Perodua kemudiannya, berjaya menguasai pasaran kenderaan Malaysia.
  

Berdasarkan rekod Persatuan Automatif Malaysia (MAA), pada tahun 1999, kedua-dua buah syarikat tersebut menguasai lebih daripada 80 peratus pasaran kenderaan pengguna Malaysia.  Kejayaan tersebut penting untuk memberikan laluan yang mudah bagi membangunkan industri automatif negara. Sekiranya tidak, agak mustahil bagi kedua-dua buah syarikat tersebut dapat dibangunkan. Implikasinya, industri automatif tidak akan dapat didirikan di negara ini.
  

Kejayaan yang dinikmati kedua-dua buah syarikat tersebut juga menandakan keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi industri automatif tempatan. Perlindungan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada industri automatif tempatan dalam pelbagai bentuk,  berjaya membina pasaran dan insentif yang wajar diwujudkan bagi memastikan pembangunan sektor ini. Dalam kata lain, industri automatif negara diberi satu tempoh pembangunan yang wajar bagi membina kekentalannya.
  

Namun begitu, sebagaimana lumrah manusia, industri automatif negara perlu berdikari dan menempuh cabaran-cabaran apabila mencapai usia dewasa. Lantaran itu, industri automatif Malaysia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran berdasarkan kekuatannya sendiri. Hal ini bermaksud bahawa peranan yang diambil oleh kerajaan akan semakin berkurangan. Tahap sedemikian wajar dilalui untuk memastikan industri automatif negara akan menjadi matang dan  dapat berdikari, selain bersaing di dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
 

Pada masa yang sama, peranan kerajaan tidak terhad dalam membantu industri automatif. Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu pembangunan industri-industri yang lain. Sebagai contoh, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menandatangani perjanjian Asean Free Trade Area, (AFTA, Kawasan Perdagangan Bebas Asean) yang jelas akan membantu pembangunan ekonomi Malaysia secara keseluruhan. Hal ini bermakna Malaysia perlu “membuka” industri dan pasaran automatifnya.


0 reaksi:

Post a Comment














Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger