Tip Klik: Kesihatan Badan & Rohani

Bijak pandai berpesan, terdapat beberapa amalan seharian yang boleh membantu menjaga kesihatan badan dan rohani. Amalkan mana yang patut, elakkan mana yang tak patut. Dengan izin Tuhan, kesihatan kita akan terjamin.

Empat Perkara yang Menguatkan Badan

1. Makan daging.
2. Memakai haruman.
3. Kerap mandi.
4. Memakai pakaian yang dibuat daripada kapas.

Empat Perkara yang Melemahkan Badan

1. Banyak melakukan hubungan kelamin.
2. Selalu cemas.
3. Banyak minum air ketika makan.
4. Banyak memakan makanan yang masam.

Empat Perkara yang Menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat.
2. Bercelak sebelum tidur.
3. Memandang yang hijau-hijau.
4. Berpakaian bersih.

Empat Perkara yang Merosakkan Mata

1. Memandang najis.
2. Melihat orang yang dibunuh.
3. Melihat kemaluan.
4. Membelakangi  kiblat.

Empat Perkara yang Menajamkan Fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong.
2. Rajin menggosok gigi.
3. Bercakap dengan orang yang soleh.
4. Bergaul dengan bijak pandai.

Sumber: Klik

Petua Atasi Mabuk Laut

Lakaran Tinta Zaiton Abu Samah:

Sebelum bertolak, penulis sempat bertanyakan beberapa tip kepada pekerja di rumah tumpangan di Marang. Katanya, sediakan bekalan buah limau nipis atau limau kesturi. Buah ini kegunaannya untuk menghindari mabuk. Penulis cuma perlu menghidu bau limau sekiranya mula berasa mual. Sekiranya tidak berkesan, gigit sahaja kulitnya dan kunyah. Jika masih lagi mabuk laut, dia menasihati penulis supaya meminta tauke bot membawa penulis balik. Penulis mengambil jalan mudah dengan menelan sebiji pil tahan muntah dan tidak makan apa-apa sejam sebelum ke laut. Makanan yang diambil nanti boleh keluar semula jika mabuk nanti.

Sumber: Dewan Siswa November 2009

Tip Memulakan Azam Baharu

1. Memulakan dengan niat yang jelas, tepat dan sesuai dengan diri sendiri.

2. Nyatakan azam baharu yang lebih spesifik dan berpijak di bumi nyata.

3. Perkemaskan langkah yang perlu dalam mencapai azam yang baharu itu.

4. Jadikan segala kekhilafan teknikal yang telah berlaku sebagai pengajaran sahaja dan bukan sebagai sempadan untuk tidak mahu mencuba lagi.

5. Atasi kelemahan diri dan rancang strategi positif yang lain.

6. Jadikan kekuatan diri sebagai perisai untuk lebih berjaya dalam menggapai matlamat dan azam baharu.



Sumber: Mingguan Malaysia Ahad 27 Disember 2009.














Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger