Memartabatkan Permainan Tradisional

ZAMAN remaja merupakan peringkat yang amat penting bagi membentuk imej dan keperibadian seseorang individu menjadi seorang insan yang berbudi pekerti mulia apabila dewasa kelak. Bagi melahirkan keperibadian mulia; sifat kasih sayang, bekerjasama, mudah membina persefahaman dalam pergaulan dan pekerjaan, wujud perasaan tanggungjawab, semuanya bermula daripada pemupukan sikap seseorang individu semasa remaja.


Pemupukan sikap positif ini boleh diserapkan secara tidak langsung melalui pergaulan sesama rakan sebaya mereka, semasa mereka kanak-kanak dan remaja, khususnya ketika mereka memenuhi masa riadah. Pada zaman teknologi maklumat ini, menjadi lumrah remaja celik komputer, mewajarkan mereka menghabiskan waktu senggang dengan permainan komputer. Mereka tidak kenal akan permainan tradisional yang mempunyai unsur pembangunan modal insan. Selain beriadah, permainan tradisional ini berfungsi memberikan pendidikan sosial, merapatkan interaksi sosial, berfikiran kritis dan banyak lagi manfaatnya.


Memandangkan masa kanak-kanak dan remaja banyak dihabiskan di sekolah, sewajarnya dicadangkan, selain ibu bapa memperkenalkan semula permainan tradisional ini di rumah, pihak sekolah juga perlu mengambil daya usaha yang sama. Jika Kementerian Pelajaran sedang berusaha mengkaji kemungkinan menggunakan kurikulum pendidikan menengah di Australia yang mewajibkan sukan dan pendidikan jasmani diterapkan dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia, ada kemungkinankah patut juga diterapkan projek memperkenalkan semula permainan tradisional semula permainan tradisional untuk pelajar menengah? Mungkin juga boleh melibatkan permainan tradisional pelbagai kaum.

Sumber: Majalah Dewan Siswa September 2009
 


0 reaksi:

Post a Comment














Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger