Sastera Islam Wadah Pembentukan Masyarakat Mulia

Kesusasteraan Islam ialah suatu cabang perkembangan dunia sastera yang amat indah yang membawa manusia ke arah nilai murni sejagat. Dunia sastera alam Melayu peringkat awal iaitu pada abad ke-16, sehingga abad ke-20, dipelopori oleh golongan sasterawan Islam, seperti Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji dan Hamka.


Penulisan dalam dunia kesusasteraan Islam memerlukan seorang penulis yang dapat menghayati unsur keutuhan, kepercayaan kepada Allah SWT serta ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kepercayaan yang utuh kepada kalimah syahadah serta rukun iman yang memberi satu dimensi penulisan sastera yang bernilai, berhikmah dan bermutu daripada segi moral dan etika kehidupan manusia. Saranan ini menuntut penulis supaya bertanggungjawab dalam penulisannya, agar tidak wujud percanggahan dalam ajaran Islam yang syumul.


Kesusasteraan Islam perlu ke arah mendalami hakikat penciptaan untuk memperkenalkan khalayak kepada keagungan Allah SWT serta pemantapan keimanan dalam pemikiran manusia, supaya sujud kepada Tuhan Yang Maha Agung. Tatanan ideologi yang bobrok dan bercanggah dengan ajaran Islam perlu dibanteras dengan penuh kesungguhan, sebagai wahana perjuangan jihad dalam dunia kesusasteraan. Penulisan yang menjayakan nilai ketuhanan serta akidah tauhid, perlu diperkembangkan dengan matlamat yang ikhlas dalam memandu manusia ke arah jalan yang lurus dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang syumul. Lantaran itu, konsep sastera Islam yang sebenar iaitu berlandaskan kebenaran, kebaikan dan ibadah sebagai pelengkap kepada medium dakwah dalam berkarya akan lebih terpancar.


Sumber:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM): Pemantapan Kefahaman Islam Menerusi Usaha Cemerlang.

0 reaksi:

Post a Comment














Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger