Membaca: Kita Tuai Apa-apa yang Kita Semai


Seorang ahli panel temu duga jawatan guru melahirkan rasa hairan dan terkejut apabila mendapati mahasiswa dari Fakulti Pendidikan di sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan gagal menjawab soalan jenis bertumpu yang berkaitan dengan isu semasa seperti prinsip Rukun Negara, perbezaan Dewan Undangan Negeri dengan Parlimen serta beberapa soalan mudah yang lain.





Lebih malang lagi, akhbar The Star (20 Disember 2006) memetik kata-kata Tan Sri Abdul Rafie Mahat bahawa, 1 540 orang guru (5 peratus) daripada 29 359 orang guru guru baharu gagal dalam temu duga untuk pengesahan jawatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kerana tidak dapat menjawab soalan mudah disebabkan oleh pengetahuan am mereka yang amat terbatas.



Selain itu, majalah Dewan Masyarakat, Februari 2007 melaporkan hasil kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menunjukkan 70 peratus graduan yang menganggur terdiri daripada mahasiswa universiti awam, dan 90 peratus daripada mereka merupakan graduan bumiputera, 73 peratus daripadanya ialh graduan wanita. Faktor utama kesukaran mereka mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan oleh kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dan tidak peka dengan isu semasa akibat daripada tabiat tidak suka membaca.



Kajian Frank Small & Association yang membuat penyelidikan tentang tabiat membaca golongan dewasa di Malaysia merumuskan masalah sebenar tabiat membaca dalam kalangan penduduk Malaysia. Dalam kajiannya, mereka mendapati, 31 peratus orang dewasa Malaysia tidak pernah membaca, 28 peratus membaca sebuah buku setiap dua hingga empat minggu, dan 12 peratus membaca sebuah buku setiap satu hingga tiga bulan.



Persoalannya, apakah di Malaysia, kita masih kekurangan bahan bacaan yang bermutu untuk dibaca sehinggakan kita mula menuai hasil yang kurang baik? Sebenarnya, di Malaysia, ada banyak bahan bacaan yang berupa majalah, akhbar dan buku yang bermutu ada di pasaran. Malangnya, kebanyakan pentadbir sekolah tidak begitu menggalakkan murid dan guru mereka membaca bahan bacaan yang berkualiti. Tumpuan mereka lebih kepada pencapaian prestasi peperiksaan yang semata-mata berkiblatkan dan bersandarkan kepada buku teks, buku rujukan, buku penilaian dan buku soalan ramalan. Akibatnya, pengetahuan am mereka terbatas, tidak boleh berfikir secara kreatif, daya intelektual yang jumud dan akhirnya, mereka sekadar menjadi warganegara pengguna yang baik tetapi tidak berupaya melahirkan inovasi yang dapat memakmurkan ummah.


Franklin Benjamin Sanborn menyatakan orang yang membaca beberapa buah majalah yang bermutu tinggi dapat belajar lebih banyak dalam waktu satu tahun yang digunakan oleh seorang mahasiswa yang belajar di perpustakaan yang besar. Namun begitu, kata-kata Sanborn ini tidak diambil peduli oleh masyarakat Malaysia, khasnya para pentadbir sekolah dalam menggalakkan anak didik mereka membaca majalah berkualiti terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


Sebagai contoh, DBP mencetak 100 442 naskhah majalah daripada sepuluh judul majalah bagi bulan April 2009. Apabila majalah-majalah ini dipasarkan, lebih 40 peratus daripadanya dikembalikan semulam kerana masalah kekurangan pembeli.



Persoalannya, di manakah perginya perpustakaan sekolah di seluruh negara yang berjumlah 9 844 buah, guru sebanyak 386 031 orang dan murid berjumlah 5 416 924 orang? Mengapakah hanya sekadar 60 ribu hingga 70 ribu orang sahaja yang membaca? Ke manakah perginya pensyarah dan mahasiswa universiti? Dalam hal ini, Norman Cousins ada menyatakan, “Banyak mana pun diploma atau ijazah yang dimiliki oelh seseorang tetapi jika seseorang itu tidak dapat menggerakkan atau menghasilkan idea yang bernas maka, sedarlah pembelajarannya masih belum sempurna.”



Pada hemat saya, segala-galanya berpunca daripada sikap tidak ambil endah semua lapisan masyarakat terhadap kepentingan tabiat membaca yang berkesan. Pendapat Datuk Dr. Anwar Ridhwan (Dewan Masyarakat, Jun 2005) antara lain berkata, “Jika kita mahu tradisi membaca ini hidup serta kukuh dalam masyarakat, kita harus bermula daripada peringkat kanak-kanak dan kesannya dapat dilihat dalam tempoh 10 – 20 tahun yang akan datang. Usaha ini secara langsung akan menyediakan generasi muda Wawasan 2020 yang gemar membaca, sesuai dengan ciri-ciri negara maju dari segi pembangunan fizikal dan minda.”

Sebagai umat Islam pula, kembalilah menghayati kembali firman Allah SWT dalam surah al-Alaq (ayat 1 – 5) yang berbunyi, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia daripada seketul darah beku, bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahui.”



Oleh itu, sebagai hamba Allah, wajib bagi kita memperkukuh amalan membaca tanpa syarat kepada semua lapisan masyarakat, sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW, “Jangan sesekali merendah-rendahkan perkara yang disukai oleh Allah SWT bagi melakukannya, walaupun perkara itu hanya memaniskan muka semasa bertemu dengan sahabat.”

Akhirnya, yakinlah dengan kata-kata Hukamah bahawa melakukan sesuatu perkara tanpa matlamat adalah seumpama belayar di lautan luas tanpa destinasi. Tertullian pula berpendapat bahawa orang yang hanya memikirkan diri sendiri tidak akan dikenang dan dirasai bila ketiadaannya.” Lantaran itu, para pentadbir sekolah wajib memugarkan semangat membaca dalam kalangan guru dan murid khasnya melalui program Majalah dalam Kelas (MDK) dengan kos yang rendah tetapi memberikan pulangan ilmu yang lumayan.

Sumber: Azizul Rahman Abdul Rahman, Majalah dalam Kelas (MDK), Dewan Siswa Januari 2010

2 reaksi:

Amalin Kenzou said...

for your information, the school that i went to teach was located in a remote area and it needed lots of teacher.as you know,teachers nowadays are really picky about their destination.all they want is just a school that is near to their home.Focusing on your comment,I was using my English ability to lend a hand and help the rural area students about English.Maybe you will be talking about pedagogy but is there any teacher who would want a salary of 20 ringgit per day just to teach the students? im the spm 09 leaver and im taking this as a new experience.thank you for your visit :)

Jukipeli said...

You are welcome. XD

Post a Comment














Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger