Catatan 2009: Sektor Automotif Menuju Kematangan Dalam Suasana Krisis
undefined
undefined
Penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) pada tahun 1983 ialah satu mercu tanda pembangunan ekonomi negara. Melalui penubuhan Proton, hala tuju ekonomi Malaysia mengalami satu lonjakan. Sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menerajui industri automatif negara, penubuhannya melambangkan kelahiran sebuah sektor yang mampu memberikan pelbagai manfaat kepada ekonomi Malaysia.
Selain menjadi satu daripada sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, penubuhan syarikat automotif tersebut secara simboliknya menunjukkan kemampuan Malaysia untuk berkecimpung dalam industri automatif yang pada ketika itu dikuasai syarikat pengeluar kereta Barat dan Jepun.
Ringkasnya, rancangan penubuhan Proton merupakan satu langkah yang strategik untuk melonjakkan ekonomi Malaysia ke dalam sektor perindustrian dan secara tidak langsung menggambarkan bahawa satu langkah perlu diambil untuk memastikan kebergantungan ekonomi negara ini kepada sektor pertanian ditamatkan.
Dalam jangka masa sepuluh tahun selepas penubuhan Proton, sebuah lagi syarikat pengeluar kereta ditubuhkan. Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) ditubuhkan dan dalam tempoh yang singkat telah berjaya menjadi satu jenama kereta berkuasa rendah yang popular dalam sanubari rakyat Malaysia. Gandingan Proton dan Perodua kemudiannya, berjaya menguasai pasaran kenderaan Malaysia.
Berdasarkan rekod Persatuan Automatif Malaysia (MAA), pada tahun 1999, kedua-dua buah syarikat tersebut menguasai lebih daripada 80 peratus pasaran kenderaan pengguna Malaysia. Kejayaan tersebut penting untuk memberikan laluan yang mudah bagi membangunkan industri automatif negara. Sekiranya tidak, agak mustahil bagi kedua-dua buah syarikat tersebut dapat dibangunkan. Implikasinya, industri automatif tidak akan dapat didirikan di negara ini.
Kejayaan yang dinikmati kedua-dua buah syarikat tersebut juga menandakan keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi industri automatif tempatan. Perlindungan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada industri automatif tempatan dalam pelbagai bentuk, berjaya membina pasaran dan insentif yang wajar diwujudkan bagi memastikan pembangunan sektor ini. Dalam kata lain, industri automatif negara diberi satu tempoh pembangunan yang wajar bagi membina kekentalannya.
Namun begitu, sebagaimana lumrah manusia, industri automatif negara perlu berdikari dan menempuh cabaran-cabaran apabila mencapai usia dewasa. Lantaran itu, industri automatif Malaysia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran berdasarkan kekuatannya sendiri. Hal ini bermaksud bahawa peranan yang diambil oleh kerajaan akan semakin berkurangan. Tahap sedemikian wajar dilalui untuk memastikan industri automatif negara akan menjadi matang dan dapat berdikari, selain bersaing di dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
Pada masa yang sama, peranan kerajaan tidak terhad dalam membantu industri automatif. Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu pembangunan industri-industri yang lain. Sebagai contoh, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menandatangani perjanjian Asean Free Trade Area, (AFTA, Kawasan Perdagangan Bebas Asean) yang jelas akan membantu pembangunan ekonomi Malaysia secara keseluruhan. Hal ini bermakna Malaysia perlu “membuka” industri dan pasaran automatifnya.
Sumber: Dewan Ekonomi Julai 2009.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- Methods to Improve Memory
- Membaca: Kita Tuai Apa-apa yang Kita Semai
- Kata-kata Hikmah yang Paling Meruntun Sukma Untuk Dijadikan Iktibar Seumur Hidup
- Tip Klik: Kesihatan Badan & Rohani
- Petua Atasi Mabuk Laut
- Tip Memulakan Azam Baharu
- Catatan 2009: Sektor Automotif Menuju Kematangan Dalam Suasana Krisis
- Muallaf - Satu Apresiasi
- How To Make Coffee Milk
- Ladang Buah Rasulullah
- Dietetik: Makanan untuk Kekuatan Minda
- Nukleus: Kemoterapi
- Resensi Buku: Ajaibnya Minda
- Misteri Sekujur Mayat
- Contengan Wanzu: Trivia Dewan Kosmik Disember 2009













Almanak
Jom Solat
Arkib Blog
-
▼
2009
(26)
-
▼
December
(15)
- Catatan 2009: Sektor Automotif Menuju Kematangan D...
- Muallaf - Satu Apresiasi
- How To Make Coffee Milk
- Ladang Buah Rasulullah
- Dietetik: Makanan untuk Kekuatan Minda
- Nukleus: Kemoterapi
- Resensi Buku: Ajaibnya Minda
- Misteri Sekujur Mayat
- Contengan Wanzu: Trivia Dewan Kosmik Disember 2009
- Trivia Sains Dewan Kosmik Februari 2009
- Tidur
- Panduan Hadapi Temu Duga
- Study
- Smart
- Sunnah Nabi Muhammad SAW
-
▼
December
(15)









Lelaman Sesawang Pendidikan
- BTP - Utama
- Cg Narzuki Online
- edu.joshuatly.com v2
- EDUWEBTV.COM - Digital Education For All
- Kampus Astro
- Kementerian Pengajian Tinggi
- Malaysia SPM Physics, Chemistry Add Maths Biology Science Notes, Books
- Petrosains, The Discovery Centre
- Portal Pendidikan Utusan
- Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Utama
- PustaXa g4 - PDM, Dewan Bahasa dan Pustaka
- Selamat Datang ke Pusat Rujukan Persuratan Melayu
- Selamat Datang Ke Pusat Sains Negara : Laman Utama
- UPSR PMR SPM EXAM TIPS
Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan
ZULKIFLI | |
Z | Zingy |
U | Untung |
L | Lemah-lembut |
K | Komited |
I | Ikhlas |
F | Fleksibel |
L | Lincah |
I | Idealistik |
Apa ada pada nama? |
0 reaksi:
Post a Comment