Badang Versi Loghat Kelantan
undefined
undefined
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua pembaca.
Saksikanlah klip video versi loghat Kelantan yang berjudul Badang, sebuah cerita rakyat tradisional masyarakat Melayu yang tersohor. Selamat menonton. Wassalam.
Saksikanlah klip video versi loghat Kelantan yang berjudul Badang, sebuah cerita rakyat tradisional masyarakat Melayu yang tersohor. Selamat menonton. Wassalam.
1:27 AM | | 0 Comments
Sastera Islam Wadah Pembentukan Masyarakat Mulia
undefined
undefined
Kesusasteraan Islam ialah suatu cabang perkembangan dunia sastera yang amat indah yang membawa manusia ke arah nilai murni sejagat. Dunia sastera alam Melayu peringkat awal iaitu pada abad ke-16, sehingga abad ke-20, dipelopori oleh golongan sasterawan Islam, seperti Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji dan Hamka.
Penulisan dalam dunia kesusasteraan Islam memerlukan seorang penulis yang dapat menghayati unsur keutuhan, kepercayaan kepada Allah SWT serta ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kepercayaan yang utuh kepada kalimah syahadah serta rukun iman yang memberi satu dimensi penulisan sastera yang bernilai, berhikmah dan bermutu daripada segi moral dan etika kehidupan manusia. Saranan ini menuntut penulis supaya bertanggungjawab dalam penulisannya, agar tidak wujud percanggahan dalam ajaran Islam yang syumul.
Kesusasteraan Islam perlu ke arah mendalami hakikat penciptaan untuk memperkenalkan khalayak kepada keagungan Allah SWT serta pemantapan keimanan dalam pemikiran manusia, supaya sujud kepada Tuhan Yang Maha Agung. Tatanan ideologi yang bobrok dan bercanggah dengan ajaran Islam perlu dibanteras dengan penuh kesungguhan, sebagai wahana perjuangan jihad dalam dunia kesusasteraan. Penulisan yang menjayakan nilai ketuhanan serta akidah tauhid, perlu diperkembangkan dengan matlamat yang ikhlas dalam memandu manusia ke arah jalan yang lurus dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang syumul. Lantaran itu, konsep sastera Islam yang sebenar iaitu berlandaskan kebenaran, kebaikan dan ibadah sebagai pelengkap kepada medium dakwah dalam berkarya akan lebih terpancar.
Sumber:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM): Pemantapan Kefahaman Islam Menerusi Usaha Cemerlang.
12:51 AM | | 0 Comments
Memartabatkan Permainan Tradisional
undefined
undefined
ZAMAN remaja merupakan peringkat yang amat penting bagi membentuk imej dan keperibadian seseorang individu menjadi seorang insan yang berbudi pekerti mulia apabila dewasa kelak. Bagi melahirkan keperibadian mulia; sifat kasih sayang, bekerjasama, mudah membina persefahaman dalam pergaulan dan pekerjaan, wujud perasaan tanggungjawab, semuanya bermula daripada pemupukan sikap seseorang individu semasa remaja.
Pemupukan sikap positif ini boleh diserapkan secara tidak langsung melalui pergaulan sesama rakan sebaya mereka, semasa mereka kanak-kanak dan remaja, khususnya ketika mereka memenuhi masa riadah. Pada zaman teknologi maklumat ini, menjadi lumrah remaja celik komputer, mewajarkan mereka menghabiskan waktu senggang dengan permainan komputer. Mereka tidak kenal akan permainan tradisional yang mempunyai unsur pembangunan modal insan. Selain beriadah, permainan tradisional ini berfungsi memberikan pendidikan sosial, merapatkan interaksi sosial, berfikiran kritis dan banyak lagi manfaatnya.
Sumber: Majalah Dewan Siswa September 2009
12:13 AM | | 0 Comments
Hakikat Kebebasan Minda
undefined
undefined
SEHARI selepas kerajaan mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012, akhbar New York Times edisi Internet melaporkan kebimbangan mengenainya. Menurut New York Times (9 Julai 2009), yang memetik pandangan seorang guru di St. John Institution, Kuala Lumpur, “You cannot really convery the scientific concepts to the students in Bahasa Malaysia at very high level”, atau dalam bahasa Melayunya, “anda tidak akan dapat menyampaikan konsep saintifik pada peringkat yang lebih tinggi dengan sebenar-benarnya dalam bahasa Melayu kepada pelajar.” Pandangan guru ini belum tentu benar kerana konsep sains mengenai botani pernah diungkapkan dalam bahasa Melayu sebelum Charles Darwin menulis The Orogin of Species. Yang mengungkapnya ialah seorang ahli botani dari Eropah. Seandainya pusat kecemerlangan saintifik berpusat di Alam Melayu, pastilah ilmu saintifik peringkat yang lebih tinggi pada hari ini diungkap dalam bahasa Melayu, dan tentulah mudah difahami oleh pelajar, sekali gus menyangkal pandangan guru dari St. John Institution itu.
Meskipun pusat kecemerlangan ilmu saintifik tidak berpusat di Alam Melayu, saintis yang berbahasa Melayu yang terdiri daripada orang Melayu dan bukan Melayu, telah berjaya menyampaikan ilmu sains peringkat tinggi dalam bahasa Melayu, sehinggalah melahirkan sekian banyak graduan sains yang akhirnya menjadi saintis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Ilmu sains asalnya diungkap dalam bahasa Arab, kemudian dialih bahasa kepada bahasa Inggeris. Setelah sekian banyak karya sains terbit dalam bahasa Inggeris, masyarakat yang taasub akan keajaiban bahasa ini pun percaya bahawa hanya bahasa ini yang dapat mengungkap ilmu sains pada peringkat tinggi dengan sebenar-benarnya.
Dalam sejarah peradaban manusia, bahasa kebangsaan sesuatu tamadun itulah yang terbukti sebagai alat untuk menzahirkan ciptaan sains dan sekali gus memajukan bangsa tersebut. Rusia, China, Jerman, Jepun, Korea, dan negara Scandinivia berjaya membuktikannya. Apabila Korea Utara berjaya melakukan ujian nuklear dan peluru berpandu, dunia harus menerima hakikat bahawa faktor bahasa Inggeris bukanlah penentu kemajuan. Rakyat Korea Utara tidak pernah pun diketahui menguasai bahasa Inggeris atau menimba ilmu sains daripada Barat dalam bahasa Inggeris, tetapi negara komunis ini berjaya mencipta dan mengkomersialkan senjata pemusnah yang menggerunkan Barat, yang lingua francanya bahasa Inggeris. Inilah hakikat kebebasan minda.
Sumber: Majalah Dewan Budaya Ogos 2009
11:40 PM | | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
- Methods to Improve Memory
- Membaca: Kita Tuai Apa-apa yang Kita Semai
- Kata-kata Hikmah yang Paling Meruntun Sukma Untuk Dijadikan Iktibar Seumur Hidup
- Tip Klik: Kesihatan Badan & Rohani
- Petua Atasi Mabuk Laut
- Tip Memulakan Azam Baharu
- Catatan 2009: Sektor Automotif Menuju Kematangan Dalam Suasana Krisis
- Muallaf - Satu Apresiasi
- How To Make Coffee Milk
- Ladang Buah Rasulullah
- Dietetik: Makanan untuk Kekuatan Minda
- Nukleus: Kemoterapi
- Resensi Buku: Ajaibnya Minda
- Misteri Sekujur Mayat
- Contengan Wanzu: Trivia Dewan Kosmik Disember 2009













Almanak
Jom Solat
Arkib Blog









Lelaman Sesawang Pendidikan
- BTP - Utama
- Cg Narzuki Online
- edu.joshuatly.com v2
- EDUWEBTV.COM - Digital Education For All
- Kampus Astro
- Kementerian Pengajian Tinggi
- Malaysia SPM Physics, Chemistry Add Maths Biology Science Notes, Books
- Petrosains, The Discovery Centre
- Portal Pendidikan Utusan
- Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Utama
- PustaXa g4 - PDM, Dewan Bahasa dan Pustaka
- Selamat Datang ke Pusat Rujukan Persuratan Melayu
- Selamat Datang Ke Pusat Sains Negara : Laman Utama
- UPSR PMR SPM EXAM TIPS
Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan
ZULKIFLI | |
Z | Zingy |
U | Untung |
L | Lemah-lembut |
K | Komited |
I | Ikhlas |
F | Fleksibel |
L | Lincah |
I | Idealistik |
Apa ada pada nama? |