Catatan 2009: Sektor Automotif Menuju Kematangan Dalam Suasana Krisis




Penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) pada tahun 1983 ialah satu mercu tanda pembangunan ekonomi negara. Melalui penubuhan Proton, hala tuju ekonomi Malaysia mengalami satu lonjakan. Sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menerajui industri automatif negara, penubuhannya melambangkan kelahiran sebuah sektor yang mampu memberikan pelbagai manfaat kepada ekonomi Malaysia.
  

Selain menjadi satu daripada sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, penubuhan syarikat automotif tersebut secara simboliknya menunjukkan kemampuan Malaysia untuk berkecimpung dalam industri automatif yang pada ketika itu dikuasai syarikat pengeluar kereta Barat dan Jepun.
  

Ringkasnya, rancangan penubuhan Proton merupakan satu langkah yang strategik untuk melonjakkan ekonomi Malaysia ke dalam sektor perindustrian dan secara tidak langsung menggambarkan bahawa satu langkah perlu diambil untuk memastikan kebergantungan ekonomi negara ini kepada sektor pertanian ditamatkan.
  

Dalam jangka masa sepuluh tahun selepas penubuhan Proton, sebuah lagi syarikat pengeluar kereta ditubuhkan. Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua)  ditubuhkan dan dalam tempoh yang singkat telah berjaya menjadi satu jenama kereta berkuasa rendah yang popular dalam sanubari rakyat Malaysia. Gandingan Proton dan Perodua kemudiannya, berjaya menguasai pasaran kenderaan Malaysia.
  

Berdasarkan rekod Persatuan Automatif Malaysia (MAA), pada tahun 1999, kedua-dua buah syarikat tersebut menguasai lebih daripada 80 peratus pasaran kenderaan pengguna Malaysia.  Kejayaan tersebut penting untuk memberikan laluan yang mudah bagi membangunkan industri automatif negara. Sekiranya tidak, agak mustahil bagi kedua-dua buah syarikat tersebut dapat dibangunkan. Implikasinya, industri automatif tidak akan dapat didirikan di negara ini.
  

Kejayaan yang dinikmati kedua-dua buah syarikat tersebut juga menandakan keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi industri automatif tempatan. Perlindungan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada industri automatif tempatan dalam pelbagai bentuk,  berjaya membina pasaran dan insentif yang wajar diwujudkan bagi memastikan pembangunan sektor ini. Dalam kata lain, industri automatif negara diberi satu tempoh pembangunan yang wajar bagi membina kekentalannya.
  

Namun begitu, sebagaimana lumrah manusia, industri automatif negara perlu berdikari dan menempuh cabaran-cabaran apabila mencapai usia dewasa. Lantaran itu, industri automatif Malaysia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran berdasarkan kekuatannya sendiri. Hal ini bermaksud bahawa peranan yang diambil oleh kerajaan akan semakin berkurangan. Tahap sedemikian wajar dilalui untuk memastikan industri automatif negara akan menjadi matang dan  dapat berdikari, selain bersaing di dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
 

Pada masa yang sama, peranan kerajaan tidak terhad dalam membantu industri automatif. Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu pembangunan industri-industri yang lain. Sebagai contoh, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menandatangani perjanjian Asean Free Trade Area, (AFTA, Kawasan Perdagangan Bebas Asean) yang jelas akan membantu pembangunan ekonomi Malaysia secara keseluruhan. Hal ini bermakna Malaysia perlu “membuka” industri dan pasaran automatifnya.


Muallaf - Satu Apresiasi


How To Make Coffee Milk

The ingredients:
1. Instant coffee powder
2. Sweetened creamer
3. 1 liters of water

The implements:
1. Water heater
2. 2 big cups             
3. 2 glasses                           
4. 2 tablespoons

Procedures:

In order to making the coffee milk you must follow the stage of process. Make sure you make any coffee milk step by step because coffee milk could not tasty if you make it among wrong step.

First, you must prepare the ingredients and the implements before start making the coffee milk. Prepared are instant coffee powder, sweetened creamer, and 1 liter of water, water heater, 2 tablespoons, 2 big cups, and 2 glasses.

Next, heat a 1 liters of water in the water heater during 10 or 15 minutes. While you waiting the water are very hot you can put 2 tablespoonful of instant coffee powder into a one of big cup.

Then, put 3 or 5 tablespoonful of sweetened creamer into a cup. Now you can get a hot water in the water heater and put 200 ml (80 ̊c) of hot water into a cup.

The mixture of instant coffee powder, sweetened creamer, and hot water was stirred. After that, both of cups which 1 cup contains of coffee milk ready for mix among 1 cup must be take up to higher level. This process was does again and again until you can see a many bubles in your cup.

Finally, the coffee milk was prepare in a beautiful glasses. The coffee milk was ready for enjoy with family and friends with nasi lemak or roti canai


Ladang Buah Rasulullah

Terlalu banyak sunah Nabi Muhammad SAW yang menceritakan buah-buahan. Suatu misteri dan menakjubkan tanpa pengetahuan saintifik yang menyeluruh. Rasulullah SAW dapat mengetahui zat dan manfaat serta mudarat pemakanan buah-buahan seolah-olah baginda mempunyai makmal pemakanan di rumah. Banyak daripada pengetahuan pemakanan tersebut yang hanya mutakhir ini baru diketahui dan dibuktikan oleh sains.

Antara yang selalu disebut khasiatnya oleh baginda ialah buah tamar. Buah tamar daripada sejenis pokok palma bernama Phoenix dactylifera. Terdapat pelbagai jenis tamar dan dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu basah lembut (seperti tamar "Medjool"), jenis separa kering (seperti tamar "Zahidi") dan jenis rangup kering (seperti tamar "Thoory"). Sifat kelembutan dan kedangkalan tamar bergantung pada kandungan glukosa, fruktosa dan sukrosa, iaitu gula-gula semula jadi yang wujud di dalamnya.

Menurut hadis yang dinyatakan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah, isteri Rasulullah berkata, "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada hanyalah buah tamar dan air." Dalam riwayat yang ditulis pula oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Apabila berbuka puasa, bukalah dengan buah tamar. Apabila tidak memperoleh buah tamar, berbukalah dengan air kerana air itu pembersih." Imam Bukhari dan Muslim turut mengatakan Abdullah bin Jaafar memberitahu, "Saya melihat Rasulullah SAW memakan tamar basah dan sayur daripada jenis mentimun."




Kini, memang sudah dibuktikan oleh kajian saintifik bahawa tamar mempunyai kandungan tanin yang tinggi, membuatkannya bersifat pembersih masalah perut dan usus. Tamar turut dijadikan sirap untuk mengubat sakit tekak, selesema, batuk dan demam. Selain itu, tamar juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalium, boron, kalsium, ferum, magnesium, fosforus, zink, dan flourida yang dapat membantu meningkatkan kesihatan gigi. Selenium di dalam tamar juga dikatakan dapat mencegah kanser.

Rasulullah SAW juga sering mengamalkan amalan tahnik ke atas bayi yang baru lahir dengan menggunakan seulas tamar. Perbuatan tahnik dilakukan dengan mengusap lelangit mulut bayi tersebut dengan tamar yang lembut. Imam Bukhari dan Muslim pernah mencatat sepotong hadis daripada Abu Musa yang mengatakan, "Aku dikurniai seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi dan baginda menamakannya Ibrahim. Kemudian, baginda melakukan tahnik dengan menggunakan buah tamar serta mendoakannya dengan keberkatan. Selepas itu, baginda menyerahkannya semula kepadaku."

Dalam sebuah hadis lain, Imam Bukhari dan Muslim, Anas bin Malik berkata, "Nabi mengambil buah kurma dan dimamahnya. Kemudian dimasukkan tamar ke dalam mulut anak itu dan diputar-putarkannya. Sesudah itu, Nabi menamakan anak itu dengan nama Abdullah."




Pasti anda tertanya-tanya kesan mengulas mulut bayi dengan kurma lembut. Tentu perbuatan itu dianggap tidak akan memberikan kesan yang banyak. Walau bagaimanapun, hal yang menjadi misteri ialah kajian saintis membuktikan bahawa apabila tahnik dilakukan, bayi akan kurang menangis. Rupa-rupanya tamar dapat menenangkan bayi dan menumpulkan deria sakitnya. Sungguh menakjubkan.

Kandungan gula sukrosa di dalam tamar mampu mengurangkan tangisan bayi. Kajian tentangnya dilakukan oleh Nora Haouari, Christopher Wood, Gillian Griffiths dan Malcolm Levene di England terhadap 60 orang bayi berumur antara sehari hingga enam hari. Bayi tersebut diberikan 2 miligram larutan gula sukrosa melalui mulut. Sebagai perbandingan, sebiji tamar mengandungi sekitar 60 peratus gula. Selepas itu, kaki bayi itu akan disuntik untuk diambil darahnya. Rumusan kajian mendapati, apabila diberikan sukrosa, bayi akan lebih tahan kepada tusukan picagari, menjadi lebih tenang, serta kurang menangis. Penemuan ini dilaporkan dalam British Medical Journal, bertarikh 10 Jun 1995.

Selain tamar, Rasulullah juga menyarankan kita memakan buah-buahan seperti buah tembikai. Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata, "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama tamar basah." Tujuan baginda menggabungkan tembikai dengan tamar adalah kerana tamar bersifat hangat, manakala tembikai mendinginkan - suhu kedua-duanya akan sebati di dalam tubuh.




Seperti tamar, tembikai juga mengandungi gula (sekitar lapan peratus) dan mempunyai pelbagai mineral yang baik untuk tubuh. Antaranya, kalium yang mampu menyusutkan kolesterol di dalam darah. Lebih kurang 90 peratus daripada sebiji tembikai ialah air yang penting untuk hidrasi tubuh. Selain itu, tembikai juga mengandungi antioksidan seperti Vitamin C dan beta karotena, selain likopena yang dikatakan mampu mencegah beberapa jenis penyakit mudarat, termasuk barah. Kajian yang pernah dilakukan di Universiti Harvard melaporkan lelaki yang banyak mengambil makanan mengandungi likopena mempunyai risiko yang lebih rendah dijangkiti kanser prostat.

Buah tin dan zaitun juga merupakan buah kegemaran Rasulullah. Malah, dalam surah al-Tin juga turut difirmankan, "Demi buah tin dan buah zaitun", menunjukkan Allah bersumpah dengan buah-buahan yang menakjubkan ini. Sesungguhnya, banyak kajian tentang buah zaitun dan tin dilakukan oleh saintis dunia moden. Dr. Michael Goldacre dan para pengkaji dari Universiti Oxford pernah membuat kajian yang merumuskan buah zaitun mempunyai pelbagai manfaat, daripada mencegah serangan jantung sehinggalah mengurangkan serangan barah usus. Hal ini demikian kerana minyak zaitun menurunkan kadar asid deoxycyclic di samping mengawal rembesan enzim diamina oksidase yang merangsang pertumbuhan sel usus. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda, zaitun mampu mengubati 60 jenis penyakit.

Buah tin pula buah yang kaya dengan serat yang berfungsi untuk membantu penghadaman. Sebiji buah tin mengandungi 2 gram serat iaitu 20 peratus daripada keperluan seharian manusia. Seperti zaitun, buah tin turut mengandungi bahan antioksidan dan mineral yang pelbagai. 40 gram buah tin mengandungi 244 miligram kalium, 53 miligram kalsium, dan 1.2 miligram zat besi. Kadar kalsium buah tin dikatakan tertinggi berbanding buah yang lain. Antioksida fenol di dalam buah tin juga dikatakan mampu mencegah penyakit jantung dan kanser. Fitosterol pula mampu merendahkan kadar kolesterol.



Memang banyak sekali nasihat baginda Rasulullah tentang makanan berbentuk buah. Kita seperti dapat membayangkan betapa lebatnya buah-buahan di ladang Rasulullah. Rimbunan tamar, zaitun dan tin, setiap satunya buat mengisi perut dan memberikan faedah yang berganda. Kita di Malaysia amat beruntung kerana mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan yang sedap-sedap belaka. Masukkanlah sebiji dua buah tamar dalam diet anda untuk manfaat kesihatan.

Sesungguhnya, betapa ajaib sebiji buah mampu menyimpan misteri dan manfaatnya yang terlalu banyak, bukan sekadar menjadi benih kepada tumbuh-tumbuhan untuk membiak dan menyebarkan zuriatnya. Turut mengagumkan betapa terkehadapannya pengetahuan yang disebarkan Nabi SAW beratus tahun dahulu, tentang buah dan pemakanan, cuma hanya kini baru dikaji dan dibuktikan oleh sains dan tamadun manusia.   

Hasil nukilan Saharil Hasrin Sanin dalam Dewan Siswa Ogos 2009.

Dietetik: Makanan untuk Kekuatan Minda

Kekuatan daya ingatan dan kecerdasan berfikir merupakan keunggulan bagi mereka yang bergelar genius. Selain faktor rangsangan otak, kesan daripada pembelajaran dan pengalaman yang baik, pengambilan makanan tertentu adalah rahsia keajaiban minda mereka.

Baik cendekiawan zaman silam mahupun bijak pandai moden, mereka mempunyai formula makanan yang hampir sama bagi merangsang aktiviti otak. Kitab tradisional Arab yang mencatatkan mengenai tabiat pemakanan tokoh-tokoh Islam dahulu kala menunjukkan keselarasan dengan kajian saintifik terkini mengenai zat yang terbaik untuk kekuatan memori.

Berikut merupakan rumusan rahsia makanan terbaik bagi meningkatkan daya ingatan yang diamalkan mereka.

Susu



Susu terbaik bagi manusia ialah susu ibu. Susu ibu terbukti zat paling ideal untuk kekuatan minda bayi. Selepas usia dua tahun, kita tidak dapat menikmati khasiat susu ibu. Biarpun begitu, keperluan susu masih tidak boleh dikesampingan. Jadi, susu lembu atau susu kambing merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan keperluan susu bagi otak.

Tiga unsur semula jadi yang terkandung dalam susu, iaitu keju, lemak dan air sangat bermanfaat untuk pertumbuhan badan dan otak. Selain itu, susu juga mengandungi 16 kelas makanan seperti karbohidrat, protein, mineral dan semua jenis vitamin di dalamnya. Susu juga dikatakan makanan yang paling lengkap zatnya di muka bumi ini.

Nutrisi dalam susu sangat berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan serta membekalkan tenaga dan fizikal. Ia boleh merawat beberapa penyakit selain boleh mengatasi lupa. Bahkan Rasulullah SAW amat menggemari susu kambing dan menasihatkan kita meminumnya kerana khasiat itu. Susu segar lebih baik daripada susu yang telah diproses. Produk tenusu seperti yogurt dan keju juga bagus untuk kesihatan otak.

Madu



Makanan manis yang sedap, berzat serta boleh menjadi ubat. Hal itulah madu. Jika tidak kerana keistimewaannya yang hebat ini, masakan Allah SWT, berfirman mengenainya dalam al-Quran dengan gelaran Shifa' atau penawar. la mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin, protein, antiseptik, enzim serta pelbagai jenis zat galian lain. Kesemuanya sangat bermanfaat untuk menguatkan kecerdasan otak.

Selain itu, madu lebah boleh merawat penyakit berkaitan mental seperti mudah lupa, keletihan berfikir serta memperkuatkan daya ingatan. Pengambilannya setiap pagi dan malam amat digalakkan, namun ditegah jika dicampurkan dengan tembikai kerana dikhuatiri akan menyebabkan keracunan.

Kismis




Memakan kismis adalah petua terbaik bagi para penghafaz. la mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina sel darah merah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Selain itu, kismis juga dikatakan mengandungi kalium yang tinggi, tetapi rendah natrium yang boleh mengurangkan tekanan darah serta risiko strok. Sementara serat dan asid tartarik pula mampu menjaga kesihatan tulang. Paling unik, asid oleanolik yang terkandung di dalam vitis vinifera berupaya menghalang pertumbuhan spesies bakteria mulut yang menyebabkan kerosakan gigi, penyebab plak dan masalah gusi.

Kaedah terbaik menikmati kismis adalah dengan mengemamnya seperti gulaagula, bukan mengunyah seperti kacang. Pengambilannya yang disyorkan sekuranggkurangnya 21 biji setiap hari disertai dengan doa penerang hati.   
 
Telur



Sebagaimana susu, telur dikelaskan sebagai makanan lengkap yang mempunyai hampir semua zat yang diperlukan tubuh. Protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, zat besi, air dan bahan ekstrak yang terkandung di dalamnya amat berfaedah untuk meningkatkan fungsi otak sekali gus menjaga kesihatan tubuh keseluruhannya. Telur kuning lebih baik berbanding dengan telur putih kerana kandungan kolinnya yang tinggi. la boleh mengatasi lemah badan serta menguatkan memori. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung segar.

Daging




Daging ayam, Iembu ataupun biri-biri, semuanya baik untuk kesihatan jika pengambilannya betul. Berbanding dengan semua jenis daging, daging ayam betina dara dikatakan yang paling baik. Ada riwayat mengatakan Nabi Muhammad SAW suka memakan daging ayam betina kerana khasiatnya baik untuk otak dan memulihkan perjalanan darah.

Para cendekiawan Melayu turut mengatakan bahawa daging burung merpati amat berkesan bagi meningkatkan kecerdasan terutama bagi kanak-kanak. Menurut kepercayaan, kanak-kanak yang diberi makan telur burung merpati juga boleh bercakap lebih awal daripada usia sepatutnya.

Daging kambing, biri-biri dan lembu tanpa lemak pula bagus kerana kaya dengan zat besi. la sangat sesuai bagi mereka yang aktif bekerja, serta memerlukan daya konsentrasi yang tinggi kerana kehadiran mineral zink. Pengambilannya sebanyak 28 gram sehari dikatakan cukup bagi membantu penyerapan zat besi daripada sumber lain.

Ikan




Saintis mengatakan unsur yang diperlukan otak bagi merangsang aktiviti sinaps ialah DHA. Manakala makanan yang kaya dengan sumber DHA ialah ikan, dan yang terbaik daripadanya ialah ikan salmon. Ikan salmon yang berlemak mengandungi asid lemak omega-3-DHA dan EPA yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.

Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang memperoleh asid lemak yang lebih banyak memiliki fikiran lebih tajam dan memberikan hasil memuaskan dalam ujian kecerdasan minda. Menurut pakar pemakanan, walaupun tuna mengandungi zat yang sama, ikan ini tidaklah sekaya zat ikan salmon.


Kekacang




Makanan jenis kekacang adalah istimewa kerana mengandungi tenaga yang berasal daripada protein serta karbohidrat kompleks. Di samping itu, kacang juga mewah dengan serat, vitamin dan mineral. Sayuran ini merupakan makanan yang sesuai untuk otak kerana tenaga yang disimpan di dalamnya boleh bertahan lama, lebih-Iebih lagi bagi kanak-kanak.

Kacang tanah atau mentega kacang merupakan salah satu sumber vitamin E yang dapat melindungi membran sel saraf. Dengan kehadiran tiamina juga, vitamin E dapat membantu sistem saraf otak dalam penggunaan glukosa bagi keperluan tenaga. Antara jenis kekacang yang baik untuk minda termasuklah badam, kacang merah, kacang pistasio, kacang soya, gajus dan buah berangan.

Buah-buahan



Buah-buahan elok untuk kulit, kesihatan dalaman serta otak. Buah-buahan segar yang kaya dengan vitamin C digalakkan pengambilannya dalam menu seharian. Antara buah yang baik untuk pemeliharaan kecerdasan otak menurut Islam termasuklah buah delima. Buah delima dikatakan dapat menerangkan hati selama 40 hari. Buah Iimau dan oren juga disyorkan pengambilannya kerana dapat menguatkan jantung serta akal.

Sementara saintis Barat pula percaya buah strawberi, ceri, beri hitam dan biru adalah yang terbaik untuk daya ingatan. Menurut mereka, semakin terang warna buah itu, semakin banyaklah zat yang terkandung. Buah jenis beri ini mempunyai kadar antioksida yang tinggi dan boleh mengatasi penyakit barah. Biji daripada buah beri pula terkandung asid lemak omega-3 yang sangat baik untuk fungsi saraf otak.

Sayur-sayuran




Sama seperti buah, sayur-sayuran memiliki khasiat yang tinggi untuk kesihatan minda terutamanya jenis berwarna. Tomato, labu, bayam, ubi kentang, dan lobak merah antara jenis sayuran yang mempunyai antioksida yang boleh menguatkan sel otak.

Herba



Makanan daripada jenis herba tidak kurang hebatnya untuk menjaga tahap pemikiran. Kebaikan herba dalam dunia kesihatan tidak boleh disangkal. Halia yang mujarab untuk membuang angin dalam badan rupa-rupanya boleh membantu mencegah penyakit lupa. Selain dimakan mentah, halia boleh dibuat halwa sebagai pencuci mulut.

Bunga cengkih, kemenyan putih, za'faran, habbatus sauda' adalah antara kelas herba yang dianjurkan pemakanannya oleh pengamal kesihatan Islam. Semuanya mempunyai khasiat tersendiri untuk kekuatan ingatan dan pemikiran.

Sumber: Dewan Kosmik Disember 2009.

Nukleus: Kemoterapi


 
Kemoterapi secara umumnya adalah rawatan yang menggunakan bahan kimia untuk membunuh kuman atau sel kanser. Kemoterapi moden pertama kali ditemui pada 1909 - arsphenamine, yang digunakan untuk merawat siflis. Walaupun turut melibatkan rawatan antibiotik, kemoterapi kini lebih banyak dikaitkan dengan rawatan kanser. Kaedah rawatan ini biasanya bertindak dengan membunuh sel yang membiak dengan pantas. Malangnya, sel normal yang membahagi dengan pantas turut terjejas - sel sumsum tulang, salur penghadaman dan folikel rambut. Hal ini membawa kepada kesan sampingan paling biasa berlaku akibat kemoterapi seperti kurang pengeluaran sel darah, radang salur penghadaman dan keguguran rambut. Ubat kanser baharu yang bertindak ke atas protein abnormal sel kanser pula dikenal sebagai terapi sasaran khusus.

Sumber: Mingguan Malaysia Ahad 20 Disember 2009

Resensi Buku: Ajaibnya Minda



Judul: Your Miracle Brain; Dramatic New Scientific Evidence Reveals How You Can Use Food and Supplements to Maximize Brain Power, Boost Your Memory, Lift Your Mood, Improve IQ and Creativity and Prevent Mental Aging.
Pengarang: Jean Carper
Penerbit: Harper Collins Publisher
Pengulas: Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir




Apabila berbicara berkenaan minda, masih wujud segelintir daripada masyarakat negara ini yang berpegang pada persepsi bahawa setiap manusia dilahirkan dengan saiz dan potensi minda yang tetap. Ia ditentukan oleh genetik ibu bapa. Maka, tidak ada apa-apa pun mampu dilakukan bagi mengubahnya. Berbekalkan kecanggihan dunia teknologi dan sains pada hari ini, persepsi ini berjaya dibuktikan sebagai mitos semata-mata. Persepsi ini tercetus daripada kepercayaan masyarakat yang terlalu berpegang pada status quo. Realitinya, sains membuktikan minda manusia adalah organ yang dinamik. Ia berkembang dan sentiasa melalui proses perubahan. Kajian juga membuktikan struktur dan kebolehan minda dapat dirangsang oleh sumber-sumber luaran sehingga mampu menjadi lebih baik dan hebat.

Realiti inilah yang cuba dijelaskan oleh Jean Harper di dalam bukunya, Your Miracle Brain. Buku ini dibahagikan kepada empat bab bermula dengan pembongkaran kekuatan sebenar minda manusia. Dalam bab ini, penulis mengetengahkan penemuan-penemuan baharu yang menafikan kepercayaan masyarakat umum berkenaan kemampuan minda yang statik. Hasil kajian membuktikan minda manusia bersifat dinamik. Ia terus berkembang dari semasa ke semasa. Lebih menakjubkan, minda manusia tidak berhenti-henti menghasilkan sel-sel baharu sekiranya diransang dengan betul. Bahkan minda orang dewasa juga mampu menghasilkan sel-sel baharu. Selain itu, isu sama ada potensi minda bakal mengecil semasa usia tua dikupas secara mendalam. Menariknya, penulis mengaitkan isu ini dengan "nyanyuk". Adakah ia sama? Adakah kita semua ada potensi menghidapi nyanyuk apabila benar-benar tua? Hal inilah antara fakta menarik yang dibincangkan dalam bab ini.



Bab Dua dan Bab Tiga pula secara khusus memberikan tumpuan pada aspek pemakanan yang meransang minda bagi perkembangan yang positif dan optimum. Dalam Bab Dua, pembaca diperkenalkan dengan panduan meningkatkan kapasiti memori, kebijaksanaan, pencapaian mental dan perasaan melalui diet yang seimbang. Kepentingan minyak ikan omega-3, DHA, minyak zaitun, gula secukupnya serta makanan berserat yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi adalah salah satu topik penting yang dibincangkan dalam bab ini. Selain itu, bahaya minyak ikan omega-6, lemak tepu, gula yang tidak sesuai dan kafein dikupas secara terperinci. Ia juga diperjelaskan dengan memberikan penekanan terhadap kesan jangka panjang seperti kemerosotan potensi otak dan tubuh yang secara langsung menjadi punca banyak penyakit.

Bab Tiga memfokuskan aspek pengambilan makanan pelengkap atau suplemen minda yang dapat meransang potensi minda ke tahap maksimum. Dalam bab ini, penulis mengulas segala jenis suplemen minda daripada vitamin E sehingga asid alpha lipoic, gingko biloba dan koenzim Q10. Dalam bab terakhir, penulis menumpukan perbincangan berkenaan bahaya sistem vaskular yang tidak sihat kepada minda. Ramai orang terlepas pandang berkenaan perkara ini kerana kebanyakan masalah sistem vaskular pada tubuh dikaitkan dengan penyakit yang melibatkan jantung. Sebenarnya, masalah sistem vaskular juga memberikan kesan pada minda secara perlahan-lahan. Ia ibarat api dalam sekam yang perlu dipadamkan sebelum terlewat.

         


Secara keseluruhan, buku ini menarik kerana mendidik kita untuk lebih menghargai potensi minda yang merupakan anugerah paling agung bagi manusia. Kredibilitinya juga diyakini kerana ditulis berdasarkan
kajian-kajian daripada pusat kajian saintifik terkenal dunia. Pembaca bakal menemui maklumat dan fakta-fakta menakjubkan berkenaan minda dalam buku ini. Di samping itu, terdapat pelbagai cadangan dan saranan bagi memanfaatkan makanan dan suplemen dalam menyerlahkan potensi minda. Cadangan dan saranan itu dijelaskan secara mudah agar kita mudah melakukannya. Oleh itu, marilah kita menikmati kehidupan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dengan meningkatkan kemampuan minda ke tahap optimum.

Misteri Sekujur Mayat



Kita diberi otak untuk berfikir dan mulut untuk meluahkan apa-apa yang difikirkan. Kita boleh berkata-kata, berhubung dengan orang lain, menyuarakan hasrat atau menyampaikan maklumat. Dengan kata-kata itulah manusia berkomunikasi. Namun begitu, tahukah anda, setelah mati pun mayat masih mampu berkomunikasi dengan mereka yang masih bernyawa? Hal itulah misteri sekujur mayat.

Penting untuk kita yang masih hidup ini berkomunikasi dengan mayat bagi mengetahui sejarah yang berlaku kepada arwah. Hal ini lebih penting lagi jika kematian berlaku secara mengejut tanpa sesiapa menjadi saksi, dan arwah yang ditemui sudah meninggal dunia. Semasa seseorang itu masih hidup atau cedera, kita bolehlah menyoal kepadanya tentang penyakit atau penyebab kecederaannya, tetapi jika sudah meninggal dunia, cara lain harus digunakan.

Walau bagaimanapun, komunikasi dengan mayat bukanlah melibatkan kata-kata. Mayat tidak boleh menggerakkan bibir dan bersuara. Maka cara yang berbeza harus digunakan untuk berkomunikasi, iaitu dengan mengaplikasikan kaedah biologi dan kimiawi yang apabila digabungkan menjadi satu cabang ilmu sains yang dinamakan Sains Forensik.




Pakar forensik mengkaji keadaan mayat ketika dijumpai untuk mencari petunjuk tentang kematiannya serta sejarah sebelum kematian. Beberapa keadaan boleh diperiksa seperti kadar pereputan mayat, keadaan pH-nya, suhunya, baunya, selain serangga atau fauna yang wujud di sekitar mayat. Dengan menggunakan teknologi dan sains, pakar ilmu forensik dapat "berkomunikasi" dengan mayat untuk mengetahui apa-apa yang telah berlaku, sebab arwah mati dan tarikh berlakunya kematian. Maklumat seperti cara hidup, makanan kegemaran, salasilah kekeluargaan serta aktiviti harian arwah juga boleh dicungkil.

Dengan menggunakan ilmu forensik juga, para pengkaji dapat menentukan sama ada sesuatu kematian itu adalah alami (disebabkan oleh penyakit), kemalangan ataupun jenayah dan pembunuh yang berkaitan. Jikalau ada, pembunuh dapat didakwa di mahkamah dengan menggunakan bukti saintifik yang ada, lalu dihukum sewajarnya. Oleh sebab itulah cabang Sains Forensik amat penting dalam penyiasatan jenayah dan pendakwaan seperti yang dipamerkan dalam rancangan televisyen popular mutakhir ini seperti CSI, Cold Case, Law & Order, dan sebagainya.

Di Malaysia, kebiasaannya, bidang Sains Forensik dikaitkan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain. Namun begitu, kebanyakan kajian utama diserahkan oleh agensi tersebut kepada Jabatan Kimia. Hal ini demikian kerana banyak kajian forensik, termasuk komunikasi dengan mayat memerlukan kajian kimia. Di Jabatan Kimia, kajian terhadap sampel daripada mayat ada dilakukan.



Setelah seseorang meninggal dunia, tubuhnya akan serta-merta menjalani tindak balas semula jadi dalam beberapa fasa. Fasa pertama, pereputan tisu tubuh badan yang dinamakan autolisis dan akan berlanjutan sehingga beberapa hari. Pada waktu ini, mayat masih belum mengeluarkan bau. Serangga diptera seperti lalat mulai bertelur pada luka dan lipatan kulit mayat. Ketika telur-telur itu menetas, belatung atau ulat lalat akan mula memakan daging yang mereput di sekitarnya.

Dengan mengkaji panjang saiz belatung, usia ulat lalat pada mayat akan dapat dikenal pasti serta maklumat tentang tarikh kematian berlaku juga dapat ditentukan. Suhu mayat juga boleh diselidik untuk mengenal pasti tempoh kematian. Secara puratanya, setelah kematian, suhu badan akan menurun 1.5 darjah Celcius setiap jam berbanding dengan suhu tubuh yang sihat. Sebagai contoh, jika suhu badan seorang yang sihat adalah 37 darjah Celcius dan suhu tubuh sekujur mayat adalah 22 darjah, kiraan akan mendapati arwah telah meninggal dunia selama 10 jam. Jika kematian berlaku secara mengejut, menggunakan maklumat jam kematian itu, para penyiasat dapat menyelidik sesiapa yang berada bersama-sama arwah ketika beliau masih hidup. Mungkin individu tersebut ialah pembunuh yang mengakibatkan kematian arwah.

Setelah pereputan awal, sekitar empat hingga 10 hari selepas kematian, mayat akan mengalami pereputan bakteria dan pelbagai mikroorganisma akan membiak di dalam tubuh, menyebabkan pembengkakan akibat perlepasan gas respirasi mikroorganisma seperti gas amonia, karbon dioksida, hidrogen, sulfur dioksida, hidrogen sulfida dan sebagainya. Ketika itu, mayat akan mengeluarkan bau yang busuk melantung. Dengan menggunakan teknik kromatografi gas, pakar forensik dapat mengkaji gas berbau tersebut bagi menentukan tempoh kematian dan keadaan tubuh sebelum kematian.



Terdapat pelbagai bidang dalam ilmu forensik. Pakar forensik yang mengkaji gas dan kimia yang diterbitkan oleh tubuh ketika pereputan disebut Pakar Toksikologi Forensik. Selain mengkaji gas yang diterbitkan oleh mayat, sampel daripada tubuh seperti darah, rambut, air liur serta bahan buangan dapat juga dikaji. Sampel DNA juga boleh diperoleh bagi menentukan sesiapa yang hadir bersama-sama mayat ketika beliau masih bernyawa, serta dapat memastikan saudara-mara dan ahli keluarga arwah jika identiti arwah tidak dapat dikenal pasti.

Bahan-bahan kimia juga boleh dikaji bagi menentukan apa-apa yang telah dimakan oleh arwah. Contohnya, kristal rafid di dalam tubuh menunjukkan beliau memakan nanas, manakala kristal drus daripada buah-buahan sitrus seperti oren dan limau ataupun sayur bayam. Jikalau terdapat silika di dalam tubuhnya, dikatakan beliau telah menghadamkan tumbuhan seperti rebung dan gandum. Kanji menunjukkan pengambilan diet daripada kentang, keledek atau nasi. Selain itu, kajian toksikologi juga boleh menunjukkan punca kematian akibat diracun ataupun tidak. Jikalau diracun, bahan kimia racun dapat dikenal pasti dan puncanya dicari di tempat kejadian.

Pakar forensik yang memeriksa fizikal mayat pula disebut sebagai Pakar Patologi Forensik. Dengan memeriksa keadaan mayat seperti luka tikaman atau tembakan, cakar kuku, warna dan keadaan kulit serta pakaian, kedudukan tubuh dan sebagainya, maklumat yang diperoleh dapat membantu pakar forensik memahami apa-apa yang telah berlaku. Selanjutnya, jika punca kematian masih meragukan atau tidak dapat dipastikan, bedah siasat ataupun autopsi juga boleh dilakukan bagi melihat keadaan tulang-temulang serta organ dalaman.

 

  Fasa terakhir, pereputan mayat ialah proses mumifikasi ketika tisu tubuh mula mengering. Keadaan mumifikasi akan bergantung pada cuaca suhu sekitar. Seterusnya, mumifikasi akan berlanjutan kepada fasa skeletonisasi, ketika mayat kehilangan semua tisu tubuh dan hanya meninggalkan temulang. Walau dalam keadaan sedemikian rupa pun, pakar forensik boleh mengkaji tinggalan yang ada bagi menentukan kematian dan identiti arwah. Sesungguhnya komunikasi bersama-sama mayat akan berterusan sehinggalah kisah sebenar diketahui.

Dengan pelbagai rancangan televisyen yang mempamerkan cerita penyiasatan forensik, banyak remaja mula menaruh minat mahu menceburkan diri dalam bidang ini. Pada waktu ini, bagi mereka yang ingin mendalami ilmu forensik, terdapat beberapa institusi di dalam negara yang menawarkan pengajian yang berkaitan seperti ijazah sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Forensik seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Semoga dengan berkembangnya bidang forensik di negara ini, banyak orang akan mampu "berkomunikasi" dengan mayat dan hak serta keadilan kepada arwah dapat diberi.



Lakaran tinta Saharil Hasrin Sanin yang tersiar dalam Dewan Siswa Disember 2009. Dapatkannya di pasaran sekarang sementara stok masih ada.



Contengan Wanzu: Trivia Dewan Kosmik Disember 2009

Tolong klik kartun untuk paparan penuh.


Trivia Sains Dewan Kosmik Februari 2009

Sila klik visual untuk paparan penuh.

Tidur



Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.

Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu. Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berIaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.

Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perIu tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.

Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit (selepas subuh) dan pada waktu lewat petang (selepas asar). Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik. 

Panduan Hadapi Temu Duga



Selepas resume dihantar untuk memohon sesuatu pekerjaan, pastinya sesi temu duga akan menyusul sebagai saringan sebelum permohonan pekerjaan yang dipohon diterima atau sebaliknya.

Sesi temu duga adalah proses paling penting ketika memohon pekerjaan kerana ketika ini majikan menilai potensi dan kebolehan calon serta hal inilah peluang keemasan calon untuk mempromosikan diri agar jawatan yang ditawarkan tidak terlepas ke tangan orang lain.

Ketika sesi temu duga, pelbagai reaksi yang dihadapi calon yang kadang kala menjadi faktor mereka kehilangan jawatan yang dipohon walaupun mempunyai kelayakan yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh majikan.

Kebiasaannya, penyediaan resume yang terlalu panjang dengan pelbagai maklumat yang tidak berkaitan adalah salah satu faktor yang menyebabkan permohonan ditolak.

Sikap calon yang mengambil mudah ketika menghadiri sesi temu duga kerana yakin mampu memperoleh jawatan itu sehingga menganggap temu duga sekadar perbualan biasa juga mengundang risiko kepada calon. 

Selain itu, kebanyakan calon akan berasa 'seram sejuk' apabila tiba masa untuk ditemu duga sehingga rasa gementar itu boleh mempengaruhi tumpuan menjawab soalan yang diajukan dengan baik.

Lebih memburukkan keadaan jika penemu duga merupakan seorang yang tidak mesra dan melayan calon dengan sikap kasar serta dingin.

Oleh itu, petua ini boleh dijadikan panduan kepada calon agar dapat mengelak daripada melakukan kesilapan sebelum dan sepanjang sesi temu duga.

Cuba elakkan resume yang terlalu panjang dengan pelbagai maklumat yang tidak berkaitan dan cukup hanya dengan dua muka surat tetapi maklumat di dalamnya ringkas dan padat.

Elemen lain yang perlu diberikan perhatian ialah ketepatan masa, etika pemakaian, penampilan dan kekemasan serta kesalahan kecil sepanjang proses temu duga.

Calon juga perlu berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang diutarakan penemu duga kerana semuanya akan dinilai. Seeloknya, berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemu duga.

Bagi mengatasi penemu duga yang bersikap kasar pula, petua terbaik yang boleh dijadikan panduan kepada calon adalah dengan sentiasa berfikiran terbuka.

Calon boleh menganggap kemungkinan sikap kasar itu sebagai satu ujian daripada penemu duga sama ada calon itu mampu bekerja dalam tekanan kerja yang tinggi serta bijak berhadapan dengan orang yang pelbagai ragam.

Di samping itu, cara menjawab soalan yang diajukan dengan penuh yakin dan tidak terganggu walaupun berhadapan dengan situasi sukar dapat membantu penemu duga melihat calon sebagai seorang profesional, matang dan boleh diharap.

Calon juga boleh mengutarakan soalan yang mungkin boleh membantu menimbulkan semula minat penemu duga kepada sesi temu duga, sekiranya penemu duga kelihatan bosan.

Selain itu, calon perlu mengekalkan sikap bersopan-santun sepanjang sesi temu duga biarpun diasak dengan komen yang kasar termasuklah ketika meninggalkan bilik temu duga.

Setiap penemu duga berbeza, oleh sebab itu adalah baik jika calon dapat membuat persediaan berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemu duga terutama yang cerewet.

Latihan dapat membantu membina keyakinan dan menyediakan diri untuk berhadapan dengan sebarang situasi negatif dengan tenang. Lebih-lebih lagi, hal ini adalah penting ketika berada dalam bilik temu duga. Akhir kalam, latihan meningkatkan kemahiran.




Petua Berguna  


1. Elakkan resume yang terlalu panjang. 

2. Calon perlu menepati masa, etika pemakaian, penampilan dan kekemasan ketika temu duga. 

3. Berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang utarakan. 

4. Berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemu duga. 

5. Ketika berhadapan dengan sikap penemu duga yang kasar, tarik nafas, bersikap tenang dan berfikir secara positif. 

6. Fikirkan bahawa sikap penemu duga tidak mewakili keseluruhan syarikat terbabit.
 
7. Calon perlu berfikiran terbuka dan tidak memberi perhatian terhadap sikap negatif penemu duga sebaliknya menjawab soalan dengan baik dan tonjolkan kebolehan diri. 

8. Kekalkan sikap sopan santun sepanjang sesi temu duga biarpun diasak dengan komentar yang kasar. 

9. Buatlah persediaan untuk berhadapan dengan pelbagai jenis perangai penemu duga terutama yang cerewet. 

10. Latih diri untuk membina keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi negatif. 

Sumber: 1klassifieds


Study



Studying is not hard, and getting good grades is not hard either. It's all simply a matter of how much effort and work you are willing to put in. Keep in mind however that studying requires work, and sometimes for certain people this can mean hard work.

Like anything in life that is worth doing work and focus are required. Look at it this way, if you are making sacrifices now they will pay off in the future. Some other people are just lucky and don't really have to work that hard. There is a lot of variance when it comes to studying and how to study properly. Different people learn in different ways, what I am going to address here is basically some tips on how to study effectively.

If you are in college or university, don't miss classes as a rule of thumb. Go to lectures, pay attention, sit in the front of the class, get to know your teachers and take notes as well.

Make sure you balance your study time with play time. In university you're naturally going to go out and party. One good thing you can do is incorporate some exercise. Exercising stimulates the brain and body and will help you in focusing on studying as well. Prepare for tests and examinations well in advance. It has been proven that studying right after a class can help your brain retain the information you learned 90 percent better.

Find out what works for you and stick with it. Making practice tests is one of the best things you can do. When doing your readings browse through the chapter first and make a question out of headings and or sub headings. When you read this will create a purpose for your reading. You are searching for an answer. Also it's good to browse through the chapter first and read the problems at the end of each chapter.

Take notes while you read and then consolidate your lecture notes and book notes. Do problems and practice and practice till you know it like the back of your hand.

In order to make practice tests for the purpose of studying all you got to do is utilize questions from class from the end of the chapters. Make up your own multiple choice by looking at lecture slides etc.

If you can follow these tips on how to study I can ensure you, your grades will go up, don't let poor grades get in the way of your future career, become the student you are meant to be.

Smart




  1. Logic smart: Logical-mathematical
  2. Music smart: Musical
  3. Nature smart: Naturalist
  4. People smart: Interpersonal
  5. Self smart: Intrapersonal
  6. Picture smart: Visual-spatial
  7. Body smart: Bodily-kinesthetic
  8. Word smart: Linguistic           
 

Sunnah Nabi Muhammad SAW

Rasulullah SAW pernah memakai pakaian berwarna hitam, hijau dan merah. Di samping itu, baginda menyukai warna putih. Klik di sini.
















Almanak

Jom Solat

Mahakarya Nan Indah










Zulkifli - Yang Punya Kesanggupan

ZULKIFLI
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
KKomited
IIkhlas
FFleksibel
LLincah
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Contributors

Pengikut Setiaku

Tetamu Dalam Talian

free counters
Powered By Blogger